Sunday, February 27, 2011

Tokoh Guru Mengaji Quran

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga, sahabat dan seluruh umat manusia.

Peranan guru mengaji yang diselenggarakan dirumah-rumah sangat menentukan bagi pendidikan agama anak-anak, terutama pelajaran membaca Al-Qur’an. Mereka mendidik anak-anak yang masih belum mengenal sama sekali tulisan Al-Qur’an, sehingga mereka mampu membacanya.


Mengajar anak-anak mengaji memerlukan kesabaran yang tinggi, terutama bagi yang belum mengenal huruf Al-Qur’an sama sekali.


Usaha mereka perlu dibanggakan kerana bukan sahaja pada waktu siang, malah, kebanyakkannnya murid- muridnya datang mengaji pada waktu malam juga. Kerana dari merekalah anak-anak kita mengenal dan dapat memahami tulisan Al-Qur’an.


Nama beliau Melor Bt. Kamarudin. Dilahirakan pada 16 september 1964 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Mempunyai 8 orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Dato’ Abdul Samad Port Dickson. Kini telah berkahwin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata dan menetap di Johor Bahru.

Bermula dari belajar mengaji bersama dengan seorang ustazah di surau pada setiap petang,lama kelamaan beliau terbuka hati untuk menurunkan ilmu yang diperolehinya kepada anak-anak kecil yang masih lagi bersekolah. Disamping itu juga, beliau mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa anak-anak tersebut untuk diupah untuk mengajar mengaji Al-Quran. Kata orang, rezeki ada di mana-mana. Bermula dari mengajar secara kecil kecilan, dan sekarang beliau mendapat permintaan yang tinggi untuk mengajar Al-Quran oleh warga penduduk di taman perumahannya. Kini sudah lebih kurang 5 tahun beliau menjalankan tugas beliau sebagai guru mengaji Al-Quran.

Beliau mengajar Al-Quran di surau yang terletak berhampiran dengan taman perumahannya iaitu di surau Mutiara Aula. Beliau bersama-sama 2 orang lagi rakannya mula mengajar kebiasaannya pada pukul 2.30 petang hingga pukul 6.00 petang setiap hari isnin hingga khamis. Waktu ini selalunya anak-anak sudah pulang dari sekolah. Setakat ini, murid-muridnya sudah melebihi dari 30 orang pelajar yang kebanyakkannya terdiri daripada kanak-kanak sekolah yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 12 tahun. Beliau juga mengajar Al-Quran secara persendirian di rumah selain daripada waktu megajar di surau Mutiara Aula seperti selepas Maghib dan juga pada waktu hujung minggu sabtu dan juga ahad. Kebanyakkan muridnya secara persendirian di rumah terdiri daripada pelajar pelajar yang lebih dewasa seperti kaum ibu dan juga terdiri daripada pelajar-pelajar yang bermasalah yang memerlukan pemerhatian yang lebih. Setakat ini, beliau mempunyai lebih kurang 8 orang pelajar secara persendirian.


Surau Mutiara Aula

Ruangan mengaji di Surau Mutiara Aula

Salah seorang daripada murid persendiriannya

Disamping mengajar mengaji Al-Quran, beliau juga menyelitkan beberapa kaedah kaedah pembacaan dan juga Tajuid. Beliau menitikberatkan bacaan secara bertajuid kepada anak anak murid beliau. Menurut islam, hukum mempelajari tajwid adalah fardu kifayah kepada bagi umat islam. Bererti mestilah ada dalam sesuatu tempat itu seorang atau beberapa orang yang mengetahui ilmu tajwid sebagai rujukan bagi masyarakat setempatnya. Jika tidak ada seorang pun di kawasan tersebut yang mahir dalam ilmu tajwid maka kesemua penduduk kawasan tersebut menanggung dosa.

Dan sesiapa yang membacanya tanpa tajwid serta bacaannya boleh mengubah tafsiran al-Quran maka ia adalah berdosa. Golongan yang membaca al-Quran dengan tidak bertajwid dan berubah maknanya termasuklah dalam golongan yang dilaknati al-Quran itu sendiri, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

رب قارئ القرءان والقرءان يلعنه

Maksudnya: Ramai orang yang membaca al-Quran, sedangkan
al-Quran sendiri melaknatnya.

Laknat ini terjadi apabila pembaca membacanya tanpa tajwid, seperti mana yang disuruh oleh Allah Taala dalam firmannya yang beraksud :

“Bacalah al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)”.


Dalam Surah al-Baqarah ayat 121 antara lain Allah Taala berfirman yang bermaksud:

Orang-orang yang Telah kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya.

Dalil as-Sunnah tentang wajib membaca al-Quran dengan bertajwid pula sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a. (isteri Nabi s.a.w.) apabila ditanya bagaimanakah bacaan Rasulullah s.a.w. dan solat baginda, maka beliau menjawab:


Zaid bin Thabit telah menyebutkan sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi :-

"ان الله تعالي يحب أن يقرأ القرءان غضا كما أنزل"

Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah Taala menyukai seseorang hambanya membaca
al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan”

فانه سيجي قوم بعد يرجعون القرءان ترجيع الغناء والرهبانية والنوح
لا يجاوز حناجرهم مفتونة وقلوب من يعجبهم

Maksudnya:
Sesungguhnya akan datang beberapa golongan sesudah aku, orang-orang yang membaca al-Quran seperti cara orang bernyanyi, cara orang ahli kitab dan cara seperti orang meratap, yakni keluarnya huruf-huruf yang melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan makhraj al-huruf, semata-mata tujuannya mempersona dan menakjubkan orang sahaja.

Untuk meningkatan lagi ilmu tajwid dalam diri beliau, beliau mengikuti beberap kelas bacaan Al-Quran bersama sama dengan beberapa lagi orang rakan beliau. Setiap hujung minggu, beliau mengikuti kelas Tahsin Qiraatil Quran di Tampoi, Johor. Di sana beliau belajar mengenai ilmu tajwid secara lebih mendalam, ilmu taranum, ilmu hafazan dan beberapa lagi ilmu kemahiran pembacaan Al-Quran. Selain itu juga, beliau bersanad dan bertaraki bersama Ustaz Aziz bin Nikmat di Kompleks Islam, Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru pada setiap hari isnin hingga rabu.

Selain daripada mengajar mengaji Al-Quran, beliau juga sering kali mengikuti majlis-majlis keagamaan. Beliau bersama rakan-rakannya menubuhkan sebuah kumpulan kecil dan beramai-ramai mengaji di rumah-rumah jiran tetangga. Mereka sering kali dijemput untuk memeriahkan majlis seperti majlis cukur jambul, khatam Al-Quran, kenduri perkahwinan, kenduri arwah, tahlil dan pelbagai-bagai lagi majlis dengan bacaan-bacaan suci Al-Quran, Yassin dan juga berzanji. Beliau bersama ahli kumpulan beliau juga sering kali bertadarus di surau pada setiap kali tibanya bulan Ramadahan.

Dengan adanya acara-acara dan majlis seperti ini sekaligus dapat menarik minat golongan muda mahupun tua untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Masyarakat akan terbuka hati untuk mendalami ayat-ayat suci Al-Quran ini setelah aktiviti sosial yang baik seperti ini dilaksanakan. Ini merupakan satu kampen secara tidak langsung untuk menarik masyarakat Islam di negara kita supaya mebudayakan pembacaan Al-Quran, bukan hanya sekadar perhiasan di rumah sahaja.

Allah mengangkat dan memuliakan orang yang suka membaca al-Quran sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : “Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Bukhari, Abu Daud, Tarmizi).

Antara masalah-masalah yang dihadapi sepanjang mengajar mengaji Al-Quran adalah kesukaran mengajar kerana tidak semua manusia mudah dan cepat memahami sesuatu pelajaran lebih-lebih lagi bagi pelajaran yang masih baru lagi dipelajarinya. Ada sesetengah pelajar yang mudah dan cepat memahami, dan ada juga pelajar yang lambat untuk memahami. Beliau menitikberatkan kefahaman kepada pelajarnya supaya pelajarnya faham tentang apa yang diajarnya. Bukan setakat memahami, malah beliau mengharapakan supaya pelajarnya memahami dan mengamalkan pelajaran yang diajarnya.

Beliau juga menghadapi masalah ketika sedang mengajar kanak-kanak kecil yang berusia bawah dari 6 tahun. Mereka lebih cenderong untuk bermain dan berbual bersama rakan-rakan daripada belajar.

Untuk mengatasi masalah ini, beliau mengajar anak murid beliau secara berulang ulang kali. Beliau tidak kisah berapa lama juga masa yang dihabiskan untuk seorang pelajar asalakan pelajar itu faham atas pengajarannya. Beliau akan memberi penerangan secara berulang-ulang kali sehingga murid beliau betul-betul menguasai sesuatu pelajaran itu. Beliau berkata bahawa, untuk mengajar, kita memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan sanggup untuk berkorban masa untuk mereka semata-mata untuk memberi mereka ilmu pengetahuan. Setakat ini, alhamdulilah, semua murid beliau memahami dan menguasai pembacaan Al-Quran.

Harapan beliau pada masyarakat Islam adalah, masyarakat Islam sekarang lebih membudayakan Al-Quran sebagai petunjuk utama umat Islam. Seperti yang telah ditegaskan oleh Allah S.W.T. Al-Quran diturunkan untuk member petunjuk, rahmat, membawa berita gembira, penawar, peringatan dan nur yang membimbing umat manusia daripda kegelapan kepada cahaya keimanan dan tauhid.

Sabda Rasulullah S.A.W. :

Maksudnya: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah S.A.W.

(Riwayat Muslim)

Semasa beliau mengajar di rumah

Kini, umat Islam menjadi lemah dan mundur kerana tidak sanggup untuk mengamalkan prinsip-prinsip hidup bermasyarakat seterusnya melengkapi peribadi diri kita seperti mana yang dianjurkan oleh Al-Quran kepada kita. Umat Islam kini kebanyakannya tidak lagi memberi penghormatan terhadap kalam Allah. Al-Quran tidak lagi penting dalam diri masyarakat Islam kini kerana ditelan dengan kegahairahan arus zaman dengan adanya perkembangan teknologi masa kini.

Sebenarnya Al-Quran mempunyai banyak kelebihan dan mukjizat. Antara kelebihan Al-Quran adalah:


Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.


Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.



Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.



Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.



Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.




Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.


Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya Allah menyuruh manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah S.W.T.


Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.


Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.


Al-Quran juga diberikan pahala oleh Allah kepada barangsiapa yang mebaca dan mengamalkannya setiap hari.


Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.


Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:



Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:


Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.


Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.


Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.


Antara kelebihan membaca Al-Quran pula:


Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.


Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:


Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.


Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.


Mereka yang tidak membaca Al-Quran adalah tergolong di dalam kumpulan ornag-ornag yang rugi.


Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.



Diadaptasi dari: http://adeqshah.multiply.com/journal/item/170


Kesimpulannya, Al Quran merupkan sumber terpenting dalam kehidupan manusia yang bertamadun. Maka, marilah sama-sama kita membudayakan Al Quran.